Want your own Fotopage?

|
|
huda's FotoPage
By: huda salam
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < [1] 2 3 4 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Saturday, 25-Oct-2008 22:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BIRTHDAY NANI
|
|
Ulang tahun Birthday Nani pada 18 hb Oktober yang lepas.. dibuat 2 kali satu di Tadika pada 18.10.2008 dan satu lagi semasa Open House di Rumah Ida & Hazam pada 25.10.2008
Yang ini artwork yang disediakan oleh cikgu-cikgu sekolah Nani, gambar sambut di sekolah takde, sebab Nani nye nangis saja masa potong kek, agaknya sedih dan terharu..
Inilah birthday cake nya.. ditempah dari kedai yang berdekatan dengan rumah kami.. tak cantik kan.. nampak gaya org Mesir ni masih baru dengan idea cake decorating, agaknya la.. sebab kebanyakan kedai tak boleh buat tempahan kek birthday yang specialized, semua nya ikut Catalog.. nak bubuh nama pun selalu atas plat aje.. what to do.. accept aje lah.. anyway, the cake taste nice & habis alhamdulillah tak membazir..
Nangis pulak si Nani nih bila orang dah nyanyi lagu happy birthday..
Last-last Fadlan yang potong kek itu..
Masa ni dah ok.. Nani dah tak nangis lagi, dan boleh makan kek sama-sama dengan adik Fadlan
Ini lah kawan baik Nani, Jasmin Aisyah
dan kawan-kawan lain, Husna, Aisyah & Suwaibah
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Oct-2008 21:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sambutan Hari Merdeka (Backdated..)
|
|
Kerana tanggal 31 Ogos yang lepas jatuh pada malam menyambut Ramadan, maka sambutan hari Merdeka diadakan diadakan pada 19 Oktober 2008, di Kelab Polis, El-Gezirah, Cairo
Layan gambar lah..
PERWAKILAN Kaherah bergambar di depan banner sambutan hari merdeka..
L to R : Pn Latifah, Pn Juahir, Pn Ida, Pn Shida, Pn. Huda, Pn. Suraya & Pn. Mastura
Gambar yang ni disamping kuih-muih yang disediakan oleh PERWAKILAN.. Kek-kek lapis yang ada atas meja tu tu sayalah yang sediakan..
L to R : Huda, Yana, Shida, K. tipah, K. Sediah, K. Mafazah, K.Mas, Dr. Mashitah, K. Mala, K. Nah, K.Yan & K. Salmah
Mama Mohandessin
L to R : Yana, Shida, Sue, Ida, Huda
Berlatar belakangkan Cairo Tower..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 6-Oct-2008 22:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CITADEL revisited
|
|
Kali ini datang membawa MIL dan tamu dari Riyadh iaitu Azral & Aziana
Visit kali ni baru nampak the art detail, dulu tak dan nak tengok keindahan seninya.. asyik kelek baby aje..
Seni pada kubah-kubah masjid
menara jam yang dihadiahkan oleh kerajaan turki, diceritakan kepada kami bahawa jam ni sejak sampai tak berfungsi, tetapi masih diabadikan sebagai kenangan
tempat wuduk pun diukir dengan begitu indah, hasik kerja tangan org dulu-dulu..
Lampu chandelier dalam Masjid, sure dulu lampu ni diisi dengan lilin..
Lagi art detail pada kubah masjid
dan mihrab
Panorama Masjid Sultan Hassan @ lebih dikenali dengan Masjid 4 mazhab yang kelihatan dari atas tembok Citadel
Salah satu menara
statue sapa tak ingat, sebab banyak sangat..
kerja-kerja baik[ulih sedang berjalan
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 5-Oct-2008 20:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
NILE CRUISE
|
|
bergambar di perkarangan kapal
dan ambil angin di atas dek kapal
Acara selingan semasa makan : tarian gelek Arab
Acara selingan semasa makan : tarian Sufi (gambar tidak jelas kerana penari tidak berhenti berpusing, sampailah habis tarian)
Pemuzik Latar
|
|
|
|
|
|
| Friday, 3-Oct-2008 21:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raya Open House @ Fauzi's Residence, Mohandessin
|
|
Hari Raya Ketiga kami sekeluarga buat Open House, menjamu rakyat Malaysia yang duduk di Cairo..
Tak banyak ambil gambar, sebab tuan rumah leka melayan tetamu yang hadir..
Hidangan yang disediakan : nasi impit, kuah lodeh, ayam masak merah, sambal kacang, biskut-biskut raya, kek lapis, bahulu gulung & lengkong.. Macam kat Malaysia pulak rasanya..
Tetamu yang hadir.. Ramai tamunya yang hadir, cuma tak sempat ambil gambarnya..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Oct-2008 19:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KENANGAN HARI RAYA DI CAIRO..
|
|
1 Syawal, kami sambut di Nasr City.. bersama-sama keluarga besar rakyat Malaysia yang kebanyakannya pelajar-pelajar.. Walaupun ini kali pertama menyambut raya di tanah asing, kami tidak berasa kesunyian kerana dikelilingi rakan-rakan sebangsa dan seagama..
bergambar sekeluarga di pagi raya
Senyum riang di pagi raya..
Fauzi & Nani pun nampak gembira
Bersama Hazam, Ida & Jasmin Aisyah
Dengan Dato' & Datin Duta Besar Kedutaan Malaysia
dengan rakan-rakan seangkatan, dari Brunei, dan Indonesia
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 21-Sep-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Wajah-wajah Riang - ke Mansourah
|
|
Kami turut mengikuti rombongan Datuk Timbalan Menteri ke Mansourah. Inilah pertama kali kami sekeluarga menjejakkan kaki ke pekan Mansourah. Di sini terdapat sejumlah besar pelajar perubatan dan juga pengajian Islam belajar di Univeriti Al-Azhar cawangan Mansourah. Sepanjang perjalanan ke pekan ini, kami melalui jalan pertanian dari Bandaraya Cairo hinggalah ke pekan Mansourah. Jaraknya lebih kurang 2 jam perjalanan dengan kelajuan sederhana..
Pekan Mansourah, kecil sahaja
Wajah riang anak-anak sepanjang perjalanan
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 21-Sep-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Iftar di The Nile Pharaoh
|
|
Pertama kali dapat makan di sebuah restoran terapung dalam kapal The Nile Pharaoh.
Jemputan diterima dari pihak Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah bagi meraikan kedatangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Harun ke Mesir.
Inilah dia tetamu yang diraikan : Datuk Idris Harun dan isteri, Datin Fadilah
Dan sempat mengabadikan kenangan dengan rakan-rakan di Mesir
dengan hubby, TQ VM
Oh ye, selalunya semasa makan di atas kapal ni pelanggan dijamu dengan tarian gelek Arab yang mengasyikkan, tapi kerana menghormati bulan Ramadan, hiburan seperti ini tiada la pulak..
kata rakan-rakan "time ni la penari gelek ni nak beramal"
ye ke???
Layan gambar lah..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 31-Aug-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Malam Ambang Merdeka
|
|
Sambutan Merdeka untuk semua warga Malaysia kali ini diadakan di Dewan Malaysia Abassiyah..
Acara malam ini dipenuhi dengan ucapan-ucapan, deklamasi sajak, dan koir kanak-kanak mengalunkan koleksi lagu patriotik negara, tidak lupa juga countdown menjelang detik 12 tengah malam pada 31 Ogos dan laungan Merdeka!! oleh warga Malaysia di Kaherah..
Dalam perjalanan balik kami bergambar beramai-ramai di atas jambatan merentangi sungai Nil, rasa sungguh seronok kerana inilah kali pertama kami sekeluarga berada di sini dengan mengenakan pakaian kebangsaan kita..
Keluarga besar Mohandiseen
Dari kiri : Tuan Hj Shahrudin, Fauzi&Fadlan, Huda&Nani, Athir, Sue, Hazam, Ida&Jasmin, Wan&Sarah, Shida, Kirk dan Yana
Kirk&Yana yang menanti kelahiran anak sulung mereka..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 28-Aug-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
He's in Hospital AsSalam
|
|
Masuk hospital kerana keracunan makanan..
Tapi tidak ada gambar atau berita ttg perkara ini sebab nya tak kuasa nak cerita, banyak pengalaman bengang berlaku di hospital walaupun tempoh stay tak lama, hanya 2 hari 1 malam..
Walaubagaimanapun, entry kali ini adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah membantu semasa Fauzi dalam tempoh 'kesakitan'..
Especially to Sue&Athir, Ida,Hazam&Jasmin Aisyah dan Shamsul&Yana yang banyak membantu dari segi logistik, kewangan, dan juga tenaga..
Tidak lupa juga kepada semua warga kedutaan Malaysia diKaherah yang datang menziarah dan menghulurkan bantuan.. Budi baik kalian tidak dilupakan..
Kami terima kiriman jambangan bunga dari Cikgu Manal di Nermer Language School, jambangan bunga ini (walaupun pada masa entry ini ditulis ianya dah layu..) di dedikasi kepada semua yang telah membantu, terima kasih semua..
|
|
|
|
|
|
|
[<< < [1] 2 3 4 > >>] [Archive]
|
|
 |
|